Logo DuniaMisi, Sang Kancil DuniaMisi Laman Utama

Polisi Privasi

Tarikh kuat kuasa: 19 November 2026

Polisi ini menerangkan maklumat yang dikumpul apabila ibu bapa menggunakan DuniaMisi, cara maklumat itu digunakan, dan hak anda ke atasnya. Kami menulisnya seringkas dan sejujur yang boleh — tanpa bahasa undang-undang yang mengelirukan.

1. Siapa Kami

DuniaMisi dikendalikan oleh MIJII VENTURES (No. Pendaftaran SSM: 202603300101 (PG0596097-P)), sebuah perniagaan berdaftar di Malaysia. Jika anda ada pertanyaan tentang polisi ini atau data anda, hubungi kami melalui emel [email protected].

2. Maklumat yang Kami Kumpul

  • Akaun ibu bapa. Alamat emel dan maklumat log masuk anda. Kata laluan disimpan dalam bentuk terkod selamat (hash) oleh penyedia pengesahan kami, Supabase Auth — kami tidak pernah melihat atau menyimpan kata laluan anda dalam bentuk asal. Jika anda log masuk menggunakan Google, kami menerima alamat emel anda daripada Google.
  • Profil anak. Nama paparan yang anda pilih untuk anak, pilihan watak avatar, dan kemajuan pembelajaran seperti sticker yang dikumpul dan aktiviti yang disiapkan. Profil anak dipautkan kepada akaun ibu bapa.
  • Rekod peranti. Maklumat asas peranti yang log masuk ke akaun anda, supaya had dua (2) peranti bagi setiap akaun dapat dikuatkuasakan.
  • Bayaran. Bayaran diproses sepenuhnya oleh BCL (bcl.my). Kami tidak menerima, melihat atau menyimpan nombor kad anda. Kami hanya menerima pengesahan bayaran dan alamat emel pembayar daripada BCL untuk mengaktifkan akses bundle anda.
  • Maklum balas. Mesej yang anda hantar melalui borang maklum balas dalam app, jika anda memilih untuk menghantarnya.

3. Cara Kami Menggunakan Maklumat

Maklumat di atas digunakan hanya untuk: memberi anda akses kepada akaun dan bundle game yang telah dibeli; menyimpan dan menyelaraskan kemajuan pembelajaran anak anda; menguatkuasakan had peranti; dan menjawab pertanyaan serta memberi sokongan apabila anda menghubungi kami.

4. Apa yang Kami Tidak Buat

Kami tidak menjual data peribadi anda kepada sesiapa. DuniaMisi tidak memaparkan iklan dan tidak menggunakan penjejak (tracker) atau analitik pihak ketiga ke atas kanak-kanak. Data anda hanya diproses oleh penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan app ini, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6.

5. Akaun Ibu Bapa Sahaja

Akaun DuniaMisi hanya boleh dibuat dan diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak menggunakan app di bawah akaun ibu bapa mereka dan tidak mendaftar akaun sendiri.

6. Penyimpanan dan Keselamatan

Data akaun dan kemajuan disimpan menggunakan Supabase (pengesahan dan pangkalan data), manakala laman dan app DuniaMisi dihoskan oleh Cloudflare. Bayaran diproses oleh BCL. Akses kepada data dihadkan kepada pengendali DuniaMisi sahaja, untuk tujuan sokongan dan penyelenggaraan.

7. Hak Anda

Anda boleh melihat dan membetulkan maklumat profil anak pada bila-bila masa dalam Kawasan Ibu Bapa dalam app. Anda juga boleh memadam akaun anda sepenuhnya melalui Kawasan Ibu Bapa → Padam Akaun — pemadaman ini membuang akaun anda dan data yang berkaitan dengannya. Jika anda perlukan bantuan, emel kami di [email protected].

8. Storan Tempatan

App DuniaMisi menggunakan storan tempatan (local storage) dan service worker pada peranti anda supaya game boleh dimainkan di luar talian dan sesi log masuk anda dikekalkan. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan.

9. Perubahan kepada Polisi Ini

Jika polisi ini berubah, versi baharu akan dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kuat kuasa yang dikemas kini.