Logo DuniaMisi, Sang Kancil DuniaMisi Untuk anak 4–7 tahun

Belajar sambil bermain. Tanpa iklan. Tanpa risau.

Koleksi game pendidikan untuk anak 4 hingga 7 tahun: persediaan Darjah 1, Jawi dan English. Direka untuk telefon anda, dan boleh dimain di mana mana, walaupun tanpa internet.

Terus main dalam pelayar. Tiada bayaran untuk mencuba demo.

  • Tiada iklan langsung
  • Boleh main luar talian
  • Tak perlu install dari app store
Jom main sambil belajar!
Sang Kancil bersama Kura-kura dan Burung Hantu, ilustrasi rata DuniaMisi
4.88 / 5

Cerita Hari Pertama, game persediaan Darjah 1 kami, dinilai oleh 24 orang ibu bapa. 21 daripadanya memberi 5 bintang penuh.

Dalam album ini

Empat game sudah siap dimain

Setiap game ada dunia dan cara mainnya sendiri. Anak kumpul sticker daripada semua game ke dalam satu Album Saya.

Ilustrasi rumah sekolah untuk game Cerita Hari Pertama

Cerita Hari Pertama

Persediaan Darjah 1 · Umur 5–7

Cerita interaktif tentang hari pertama di sekolah rendah: bangun pagi, bersiap, ke sekolah, berkawan dan pulang dengan selamat. Anak buat persediaan sambil berasa seronok, bukan takut.

Ada dalam demo percuma ★★★
Ilustrasi blok huruf Jawi untuk game Jawi

Jawi

Huruf & perkataan Jawi · Umur 4–7

Mengenal huruf Jawi, menulis ikut laluan yang betul dan menyambung perkataan. Bank perkataan disusun mengikut umur, daripada mudah kepada lebih mencabar.

Boleh dimain sekarang ★★★
Ilustrasi blok ABC dan buku untuk game English

English

Jolly Phonics · Umur 4–7

Belajar bunyi huruf English mengikut kaedah Jolly Phonics, kumpulan demi kumpulan, dengan audio sebutan dan pelbagai mod permainan yang dibuka berperingkat.

Boleh dimain sekarang ★★★
Ilustrasi ular dan maze untuk game EduSnake

EduSnake

Ular belajar · Umur 5–7

Permainan ular klasik yang diubah menjadi latihan minda. Jawab soalan untuk membesar, boleh dimain seorang atau bersama keluarga sehingga 4 pemain.

Boleh dimain sekarang ★★★
Slot album seterusnya

Dua lagi game sedang disiapkan

Ilustrasi nombor dan sempoa untuk game Eazy Math

Eazy Math

Matematik cara mudah untuk anak kecil

Akan Datang
Ilustrasi jam dan syiling untuk game EazyLife

EazyLife

Melihat jam dan mengira wang belanja

Akan Datang

Kedua duanya termasuk dalam Harga Pengasas. Tiada caj tambahan bila siap nanti.

Janji kami

Selamat untuk anak, tenang untuk ibu bapa

Tiada iklan langsung

Anak main tanpa gangguan, tanpa video rawak dan tanpa pautan yang entah ke mana.

Boleh main luar talian

Selepas dibuka kali pertama, game kekal boleh dimain tanpa internet. Sesuai dalam kereta dan di kampung.

Akaun ibu bapa sahaja

Anak main tanpa akaun sendiri. Sehingga 3 profil anak di bawah satu akaun ibu bapa.

Album sticker berpusat

Sticker dan kemajuan setiap anak tersimpan dalam profilnya, terkumpul daripada semua game di satu tempat.

Harga Pengasas

Satu bayaran, semua game

Harga Pengasas untuk 50 pembeli terawal

Selepas 50 tempat ini penuh, harga naik kepada RM29. Siapa yang masuk awal kekal dengan harga ini, termasuk semua game yang akan datang.

  • Semua 4 game yang sudah siap: Cerita Hari Pertama, Jawi, English dan EduSnake
  • Eazy Math dan EazyLife termasuk, tanpa caj tambahan bila siap
  • Semua kemas kini kandungan pada masa hadapan
  • Bayaran sekali sahaja. Bukan langganan bulanan, tiada caj berulang

50 petak, satu untuk setiap tempat Pengasas.

Beli Sekarang — RM15
Bayaran dibuat melalui halaman pembayaran selamat kami. Gunakan emel yang sama dengan akaun DuniaMisi anda semasa membayar, supaya akses penuh diaktifkan terus pada akaun anda. Pembelian juga boleh dibuat dari dalam game melalui butang Buka Semua.
Cara ia berfungsi

Cuba dulu, bayar bila berkenan

1

Cuba demo percuma

Tekan butang Cuba Demo Percuma. Anak terus boleh main dalam pelayar telefon, tanpa install apa apa.

2

Tekan “Buka Semua” dalam game

Bila anak seronok dan anda yakin, buka kunci semua game melalui butang Buka Semua di dalam game.

3

Bayar RM15 sekali

Bayaran dibuat dengan selamat melalui halaman pembayaran kami. Semua game terbuka pada akaun ibu bapa anda, termasuk yang akan datang.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya ibu bapa

Anak umur berapa yang sesuai?+

DuniaMisi direka untuk anak berumur 4 hingga 7 tahun. Cerita Hari Pertama khususnya membantu anak yang bakal melangkah ke Darjah 1 membuat persediaan dengan cara yang menyeronokkan.

Perlu install aplikasi dari app store?+

Tidak perlu. Game dibuka dalam pelayar telefon dan boleh ditambah ke skrin utama telefon seperti aplikasi biasa. Tiada muat turun yang besar dan tiada akaun app store diperlukan.

Boleh main tanpa internet?+

Boleh. Selepas game dibuka kali pertama dengan internet, kebanyakan kandungan kekal boleh dimain secara luar talian pada peranti yang sama.

Bayaran sekali atau bulanan?+

Sekali sahaja. Harga Pengasas ialah RM15 untuk semua 6 game termasuk yang akan datang dan semua kemas kini. Tiada langganan dan tiada caj berulang.

Kalau saya tukar telefon, bagaimana?+

Akses anda terikat pada akaun ibu bapa. Log masuk semula dengan akaun yang sama pada peranti baharu dan semua game yang telah dibuka akan tersedia semula.

Betul ke tiada iklan?+

Betul. Tiada iklan pihak ketiga, tiada video rawak dan tiada pembelian dalam game yang ditujukan kepada anak. Pembelian hanya dibuat oleh ibu bapa melalui butang Buka Semua.

Jom, bagi anak cuba dulu.

Cuba demo percuma dan lihat sendiri bagaimana anak anda bermain sambil belajar. Bila sudah yakin, terus beli akses penuh pada Harga Pengasas RM15, sekali bayar sahaja.

Sang Kancil bersama Kura-kura dan Burung Hantu, ilustrasi rata DuniaMisi